Headlines News :
Home » » PRESIDEN UMNO JAMIN KEKECOHAN SAYAP TAK BERULANG DI PEMILIHAN BAHAGIAN & MT

PRESIDEN UMNO JAMIN KEKECOHAN SAYAP TAK BERULANG DI PEMILIHAN BAHAGIAN & MT




- Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan bahawa kekecohan yang berlaku pada pemilihan sayap parti itu tidak akan berulang lagi.

Beliau berkata, insiden yang berlaku itu akan dijadikan panduan pada pemilihan Majlis Tertinggi (MT) minggu depan.

"Kalau ada kekurangan kita akan cuba atasi dan perbaiki.

"Pemilihan akan datang dijangka ramai yang menanti prosesnya (berlangsung)," katanya pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), sebentar tadi.

Sidang media itu turut disertai oleh Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pengerusi Jawtankuasa Pemilihan Umno 2013, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali.

Dilaporkan Mesyuarat Perwakilan Wanita Umno Bahagian Gopeng sedikit kecoh apabila ada segelintir perwakilan tidak bersetuju dengan 10 cadangan nama perwakilan yang diberikan oleh Ketua Wanita Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman untuk ke Mesyuarat Perwakilan Bahagian 19  Oktober depan.

Sementara, di Georgetown persidangan dan pemilihan Puteri Umno Bayan Baru kecoh selepas enam cawangannya memboikot dan mempertikaikan kepemimpinan bahagian yang dikatakan berat sebelah.

Enam cawangan terbabit ialah Kampung Dato Keramat, Sungai Tiram, Sungai Desa Universiti, Desa Riang, Sri Jerejak dan Sungai Nibong Kechil.

Kekecohan turut berlaku di Pemilihan Wanita Umno Bahagian Gua Musang  menjadi kecoh apabila seorang perwakilan dari cawangan Paloh bertindak menghempaskan mikrofon ke lantai.

Menurut Najib, pihaknya tidak dapat meramalkan suasana yang seumpama itu akan berlaku setelah pindaan perlembagaan parti dibuat pada tahun 2009.

"Bagaimanapun, pemilihan kali ini menarik perhatian semua pihak bukan sahaja media tetapi seluruh negara termasuk dari luar negara.

"Ini membuktikan bahawa demokrasi hidup segar dalam Umno," katanya.

Najib berkata, Umno melakukan transformasi dalam perlembagaan partinya pada Perhimpunan Agong 2009 bagi menjadi sebuah parti yang bersifat demokrasi terbuka.

"Alhamdullillah terbukti keputusan itu, keputusan yang amat tepat dan kena pada masanya.

"Saya berbangga, apa yg kita ingin kami tampilkan sebagai sebuah parti benar-benar berasaskan demokrasi yang terbuka lagi matang, mendapat sambutan. Malah pemilihan kali ini  boleh dikendali oleh jentera dari pelbagai peringkat," katanya.
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger