Headlines News :
Home » » KHAIRY NASIHAT JENTERA PEMUDA ELAK KEMPEN AGRESIF & JAGA TINGKAH LAKU #PRKSgLimau

KHAIRY NASIHAT JENTERA PEMUDA ELAK KEMPEN AGRESIF & JAGA TINGKAH LAKU #PRKSgLimau





JERAI 23 Okt. - Lebih 1,000 jentera Pemuda UMNO diingatkan tidak menggunakan kempen agresif, sebalik lebih kepada membelai jiwa pengundi muda sepanjang Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Sungai Limau.

Ketua Pergerakan Pemuda, Khairy Jamaluddin berkata, jentera Pemuda diingatkan supaya mengelakkan daripada menjalankan kempen agresif seperti serangan peribadi, memaki hamun dan bergaduh.

"Program yang dijalankan di luar bandar lebih santai, makan minum di kedai kopi, masuk surau dan masjid.

"Saya meminta jentera Pemuda supaya mendekati seramai mungkin pengundi bermula hari ini," katanya ketika ditemui semasa proses penamaan calon yang di Dewan Datuk Mahadi, di sini, hari ini.

Khairy berkata, memang ramai Exco Pemuda yang baru mahu turun berkempen di Sungai Limau tetapi mereka diingatkan supaya tidak sombong dan menjaga tingkah laku.

Tambah beliau, bahagian-bahagian berada di luar Sungai Limau juga diminta mengenal pasti pengundi di luar termasuk di Kuala Lumpur. - UTUSAN ONLINE

Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger