Headlines News :
Home » » TUN FAISAL AKAN KEMUKAKAN RAYUAN UNTUK TANDING MT UMNO

TUN FAISAL AKAN KEMUKAKAN RAYUAN UNTUK TANDING MT UMNO





 Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Tun Faisal Ismail Aziz akan mengemukakan rayuan kepada Jawatankuasa Pengurusan dan Pemilihan setelah pencalonannya bertanding jawatan Majlis Tertinggi (MT) ditolak.
Beliau yang dihubungi ABN News juga mengakui masih tidak pasti mengapa namanya tidak disenaraikan sebagai calon.
“Dari sumber tidak rasmi ibu pejabat UMNO, pencalonan ditolak disebabkan saya tidak pernah menjadi Ahli Jawatan Kuasa Bahagian minimum satu penggal.
“Bagi saya sebab ini tidak konsisten dengan syarat pindaan baru perlembagaan,” katanya.
Beliau turut mempersoalkan mengenai syarat itu kerana sejak dari mula pindaan perlembagaan parti dibuat, syarat itu tidak diberi penekanan.
Tambahan pula beliau telah menyemak beberapa kali dengan jawatankuasa pemilihan sebelum menyerahkan borang pencalonan.
“Isunya mengenai konsisten dengan semangat pindaan perlembagaan, semasa pindaan diluluskan malah presiden sendiri pada waktu itu tidak kisah dengan syarat ahli UMNO untuk bertanding jawatan presiden,
“Jika dari segi teknikal pindaan perlembagaan menambah syarat itu kerana bagi memastikan calon mempunyai pengalaman kepimpinan dalam UMNO, AJK Pemuda Pusat lebih berpengalaman dari peringkat bahagian,” katanya.
Beliau turut mempertikaikan, mengapa syarat sama tidak terpakai kepada calon-calon bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO.
Walau bagaimanapun, beliau tidak beranggapan ini adalah satu tindakan sabotaj pencalonannya atau cubaan menyekat beliau untuk bertanding MT.
Pemilihan UMNO untuk jawatan MT akan berlangsung pada 19 Oktober
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger