Headlines News :
Home » » POLIS JAMIN TANGANI ISU KAMPUNG POKOK ASAM SECARA AMAN

POLIS JAMIN TANGANI ISU KAMPUNG POKOK ASAM SECARA AMAN



GEORGE TOWN 10 Sept. - Polis meminta pemaju dan jawatankuasa penduduk Kampung Pokok Asam bersepakat dalam menangani isu projek perumahan yang didakwa mengganggu ketenteraman penduduk kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gang Kong Meng berkata, pihaknya telah mengatur beberapa sesi pertemuan antara kedua-dua pihak selain turut menjemput wakil dari Pejabat Daerah dan Tanah, Majlis Agama Islam negeri, serta wakil rakyat kawasan itu untuk berbincang mengenai masalah yang berlarutan sejak sekian lama.

Beliau berkata, polis menerima 56 laporan sejak Januari 2011 sehingga semalam dengan 31 daripadanya dibuat penduduk dan selebihnya oleh pemaju.

"Kesemua laporan itu kita pandang serius dan akan perhalusi secara terperinci satu persatu," katanya kepada pemberita selepas sesi bertemu penduduk, pemaju dan wakil kerajaan negeri di Balai Polis Jelutong di sini hari ini.

Beliau berkata, daripada kesemua laporan itu, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan melibatkan kesalahan ugutan serta merosakkan harta benda dan menahan seorang penduduk kampung untuk membantu siasatan. - BERNAMA

Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger