Headlines News :
Home » » PERWAKILAN UMNO WAJAR KEKALKAN ZAHID SEBAGAI NAIB PRESIDEN UMNO @Zahid_Hamidi

PERWAKILAN UMNO WAJAR KEKALKAN ZAHID SEBAGAI NAIB PRESIDEN UMNO @Zahid_Hamidi



DS Ahmad Zahid Hamidi , Naib Presiden UMNO & Menteri KDN telah menyerahkan borang pencalonan beliau untuk mempertahankan jawatan Naib Presiden UMNO bagi penggal   2013 - 2015 .Beliau menyerahkan borang pencalonan   bersama 2 lagi Naib Presiden iaitu Hishamudin dan Shafie Afdal  di PWTC .

Apakah dalam kempen merebut jawatan   Naib Presiden ini  , 3 orang pemimpin kanan Najib ini telah membuat satu team mereka bagi mempertahankan jawatan kanan tertinggi UMNO ini ?? Jawapan itu hanya ada kepada mereka bertiga sahaja .


Secara jujurnya , saya  melihat  Zahid   layak untuk menduduk kerusi jawatan Naib Presiden UMNO kerana terbukti beliau adalah pemimpin yang datang dari  akar umbi  dan sentiasa mempejuangkan agenda orang Melayu .

Selain itu , ketegasan beliau dalam melaksanakan amanah & tanggungjawabnya  sebagai Menteri kanan sebelum ini di MINDEF dan kini di KDN  jelas perlu dicontohi .

Semenjak mengetuai Kementerian Dalam Negeri, kita sudah boleh saksikan sendiri pihak PDRM kembali tegas, garang dan digeruni. Dalam tempoh 3 bulan sahaja sudah 8,439 tangkapan dibuat terhadap ahli ahli kumpulan kongsi gelap yang selama ini bermaharaja lela dengan pelbagai jenayah seperti merompak, menyamun, membunuh, mengugut sebagai aktiviti harian mereka.



Ketegasanya juga lah membuatkan pemimpin-pemimpin   pembangkang  terutama DAP  tak berani angkat muka dan amat  rugi sekali jika UMNO tidak memilih   beliau sebagai Panglima  kanan  kepada Presiden parti .

Dari segi hubungannya dengan rakyat akar umbi , GPB melihat beliau   seorang pemimpin yang  merendah diri dan senang untuk bergaul dengan masyarakat membolehkan beliau disenangi oleh semua orang.




Akhirnya sekali ,  kepada semua perwakilan seramai 150 ribu di 191 bahagian .. cabaran PRU14  untuk UMNO/ BN   semakin getir , malah sudah dilabel Father of Election .

 Najib memerlukan PANGLIMA kanan  yang kuat untuk menguatkan Parti & Kerajaan . Orangnya kini sudah terbukti iaitu   Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi  - sumber
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger