Headlines News :
Home » » TANDA PUTERA : 100 TIKET WAYANG DIBELI AWAL GAGAL DITONTON HARI INI

TANDA PUTERA : 100 TIKET WAYANG DIBELI AWAL GAGAL DITONTON HARI INI




Hari ini  satu kumpulan anak muda mengelarkan diri sebagai  Anak Merdeka Permatang Pauh menyelar sikap Ketua Menteri kerajaan DAP , Lim Guan Eng yang mengeluarkan arahan kepada pawagam di negeri P.Pinang agar tidak menayangkan filem Tanda Putera .

Menurut wakilnya Sdr  Azlan Azmi , mereka telah membeli tiket filem patriotik ini sebelum arahan pembatalan  kepada semua pawagam  dikeluarkan Kerajaan DAP iaitu   sebanyak 100 tiket untuk tayangan pada petang hari ini . 

" Kita menyelar sikap Ketua Menteri sikap ketidaktentuan menangani isu  ini. Filem ini mengisahkan semangat patriotik 2 negarawan  dalam menyatupadukan kaum di Malaysia selepas peristiwa 13 Mei 1969 . 

Tiada isu dalam soal ini . Sikap keterbukaan yang dilaungkan-laungkan selama ini hanya polemik politik semata-mata " katanya - MPO News- 




Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger