Headlines News :
Home » » SHABERY ARAH FINAS TAYANG TANDA PUTERA DI PAWAGAM P.PINANG

SHABERY ARAH FINAS TAYANG TANDA PUTERA DI PAWAGAM P.PINANG



Menteri Komunikasi dan Multimedia Ahmad Shabery Cheek hari ini berkata, filem kontroversi Tanda Putera akan memasuki panggung wayang di Pulau Pinang, walaupun kerajaan negeri tidak mahu ia dimainkan di negeri Pulau Mutiara itu.

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) telah diminta memastikan filem itu ditayangkan di panggung wayang di negeri itu seperti dirancang, tulis Shabery (kanan) di dalam Facebook miliknya.

Mengulas tindakan kerajaan Pulau Pinang menukar surat "arahan" kepada "nasihat" kepada panggung wayang supaya tidak menayangkannya, Shabery berkata, ia mungkin berlaku disebabkan tuntutan dan kemarahan orang ramai.

Katanya, pihak yang mendapati filem itu mempunyai babak fitnah dan mengganggu keharmonian kaum boleh membuat laporan kepada polis dan Lembaga Penapisan Filem (LPF).
Share this post :

+ comments + 1 comments

Anonymous
August 30, 2013 at 6:54 PM

Tanda Putera adalah sebuah filem patriotik asli. Orang cina tidak seharusnya berang. Org Melayu tak marahpun filem Kara King arahan Namewee.

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger