Headlines News :
Home » » ADUN BN PERSOAL JAWATAN PENYELARAS DUN WAKILI KERAJAAN DAP

ADUN BN PERSOAL JAWATAN PENYELARAS DUN WAKILI KERAJAAN DAP



Tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang melantik penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan dimenangi Barisan Nasional (BN) hanya bermotifkan politik dan bukannya untuk membantu rakyat, kata kata Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang, Datuk Jahara Abdul Hamid. 

Beliau berkata, tindakan kerajaan negeri itu membazir wang rakyat kerana wakil rakyat BN sebenarnya mampu menolong rakyat. 
Katanya, BN melalui pusat khidmat yang diwujudkan sudah banyak membantu rakyat dan kerajaan negeri sepatutnya bekerjasama dengan BN untuk tujuan itu. 

"Ahli DUN BN boleh tolong rakyat, tak payah (kerajaan negeri) lantik penyelaras di kawasan yang BN menang," katanya pada sidang media selepas perasmian Penggal Pertama, Persidangan Dewan Undangan Negeri ke-13 di sini, hari ini. 

Semalam, Ketua Menteri, Lim Guan Eng mengumumkan pelantikan penyelaras di 10 kawasan DUN di mana pakatan rakyat (PR) kalah kepada BN pada pilihan raya umum ke-13, 5 Mei lalu. 

Katanya, pelantikan penyelaras itu akan membolehkan kerajaan negeri membantu rakyat di kawasan tersebut iaitu Bertam, Pinang Tunggal, Penaga, Sungai Dua, Permatang Berangan, Telok Air Tawar, Sungai Acheh, Pulau Betong, Telok Bahang and Bayan Lepas. 

Sementara itu, ADUN Pulau Betong, Muhamad Farid Saad menyelar dakwaan Lim kononnya wakil rakyat BN tidak bekerjasama dengan kerajaan negeri dalam projek pembangunan. 

"BN pun biasa tadbir negeri...dulu kita jemput pakatan pembangkang tapi mereka pun tak bagi kerjasama. Kalau dulu tak bagi kerjasama kepada BN, kenapa sekarang nak ungkit balik dan mempersoalkan kita," katanya. - BERNAMA 
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger