Headlines News :
Home » » PAS PERLU SIASAT DAKWAAN BANTERAS GERAKAN SYIAH - DR MAZLAN

PAS PERLU SIASAT DAKWAAN BANTERAS GERAKAN SYIAH - DR MAZLAN





Bukit Mertajam: PAS perlu menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk menyiasat mengenai dakwaan gerakan Syiah membabitkan pemimpin kanan parti itu kerana ia isu serius yang membabitkan pemesongan akidah umat Islam di negara ini.

Bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Dr Mazlan Ismail, berkata gerakan Syiah dalam PAS hakikatnya bukan isu baru dan ia pernah diperangi secara besar-besaran oleh kepimpinan parti itu dengan memecat pemimpin dan ahli yang dikenal pasti terbabit dengan fahaman berkenaan. 

Beliau berkata, PAS sebagai sebuah parti Islam perlu berani memperjuangkan usaha membanteras gerakan Syiah yang menular di kalangan kepimpinan kanan dan ahli parti itu dengan mengambil tindakan tegas.

"Gerakan Syiah adalah isu serius kerana selain membabitkan soal akidah, ia juga punca perpecahan di kalangan umat Islam di negara ini dan sejarah membuktikan setiap negara yang berdepan isu Syiah akhirnya menghadapi kehancuran.


“Namun, PAS akan berdepan masalah untuk membuktikan atau mengaitkan seseorang individu itu dengan fahaman Syiah kerana bukan mudah untuk mengesahkan seseorang itu adalah pengikut Syiah,” katanya ketika ditemui selepas Ceramah Ihya Ramadhan di Darul Wedah di sini, semalam.

Mazlan berkata, beliau juga tidak menolak kemungkinan isu Syiah di kalangan pemimpin kanan PAS timbul apabila menjelang pemilihan parti untuk menolak kepemimpinan PAS sedia ada, termasuk Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu. 

Sementara itu, Bekas Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata, PAS perlu melihat isu itu sebagai perkara serius dan bukan isu politik kerana ia membabitkan soal akidah.

“Pemimpin PAS kena serius, jangan daripada satu sudut cakap tolak Syiah dan satu sudut lagi ada pengamal Syiah dalam PAS. Syiah dalam PAS bukan benda baru termasuk di Pulau Pinang.

Tubuh jawatankuasa khas 

“PAS kena tubuhkan jawatankuasa khas siasat isu Syiah ini sampai ke akar umbi kalau terbukti ada, buang dan pecat. Kalau (Datuk Dr) Hasan Ali yang buat silap sikit pun dipecat, inikan pula soal akidah,” katanya.

Baru-baru ini, BH mendedahkan pemimpin kanan PAS dikenal pasti sebagai tokoh politik yang dikaitkan dengan gerakan Syiah di negara ini seperti didedahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Beberapa sumber agensi penguatkuasaan termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan pemimpin terbabit dalam gerakan Syiah di negara ini, namun masih berselindung di sebalik fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger