Headlines News :
Home » » Samseng PKR Prmtg Pauh serang kereta petugas BN

Samseng PKR Prmtg Pauh serang kereta petugas BN





Kempen pilihan raya di Permatang Pauh semakin agresif apabila sekumpulan penyokong pembangkang bertindak merosakkan kereta jenis Nissan Frontier milik petugas Barisan Nasional (BN) di Jalan Tenggiri di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 6.30 petang itu, sekumpulan 18 orang menaiki motosikal telah melakukan provokasi kepada tiga petugas lelaki BN yang menaiki kenderaan yang mempunyai pelekat gambar calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Jaya, Datuk Mohammad Nasir Abdullah.

Jurucakap pilihan raya polis Kontinjen Pulau Pinang, Asisten Komisioner Roslee Chik berkata, semasa petugas BN mahu bergerak dengan kenderaan itu, telah berlaku pergeseran menyebabkan empat motosikal kumpulan tersebut terbalik dan empat cedera ringan.

"Kerana tidak berpuas hati, mereka mengejar kereta berkenaan yang menuju ke Bilik Gerakan BN Seberang Jaya di Lebuh Tenggiri di sini.

"Sekumpulan 18 orang yang menaiki 10 buah motosikal telah bertindak memecahkan cermin depan kereta tersebut dan cermin sisi dengan menggunakan topi keledar dan besi," katanya ketika dihubungi di sini malam tadi.

Roslee berkata, sepasukan anggota polis unit tempur ringan (LSF) dan anggota Ops Cantas Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah bergegas ke tempat kejadian bagi meleraikan pergaduhan itu.

Katanya, tiga petugas BN yang terbabit telah membuat laporan di Balai Polis Seberang Jaya. 

- UTUSAN ONLINE
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger