Headlines News :
Home » » Ranting PKR Sungai Pinang lumpuh , 100 ahli umum keluar parti

Ranting PKR Sungai Pinang lumpuh , 100 ahli umum keluar parti




PULAU PINANG 2 Mei - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ranting Sungai Pinang menerima tamparan hebat menjelang hari pengundian Ahad ini apabila 100 ahlinya bertindak keluar daripada parti malam tadi.

 Wakil kumpulan berkenaan, Helmi Baharudin, 27, berkata, dia dan rakan-rakan kecewa kerana PKR tidak menjalankan tanggungjawab membantu rakyat seperti yang dijanjikan.

 "Selama empat tahun menjadi penyokong PKR, kami tidak dapat apa-apa kerana sikap pemimpin mereka yang mengelak jika kami ingin bertemu dan menyuarakan masalah.

 "Jika begini keadaannya, apa lagi yang boleh rakyat harapkan," katanya ketika ditemui selepas menyerahkan borang keahlian menyertai Barisan Nasional (BN) kepada calon BN kerusi Parlimen Jelutong, Ng Fook On. - UTUSAN ONLINE
Share this post :

+ comments + 1 comments

Anonymous
May 3, 2013 at 5:46 PM

Nama pun ranting, kena pijak patahlah ia.

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger