Headlines News :
Home » » Pengerusi BN P.Pinang diugut bunuh dengan bangkai ayam

Pengerusi BN P.Pinang diugut bunuh dengan bangkai ayam




BUKIT MERTAJAM - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Teng Chang Yeow semalam menerima kotak berisi bangkai seekor ayam jantan yang masih berdarah dan satu nota ugutan dalam bahasa Mandarin.

Kotak itu diletakkan di hadapan pintu Bilik Gerakan BN Bukit Tengah oleh seorang lelaki yang tidak dikenali.

Selain bangkai ayam, turut ditemui nota dalam bahasa Mandarin yang menyatakan amaran kepada Chang Yeow untuk berundur daripada pilihan raya atau menerima nasib seperti ayam itu.

Chang Yeow yang juga calon BN untuk kerusi Dewan Undangan Negeri Bukit Tengah berkata, beliau telah beberapa kali menerima ancaman secara lisan sejak menjadi Pengerusi BN negeri April lepas.

"Ini kali pertama saya terima nota ancaman, jangan sasarkan keluarga saya kerana mereka tiada kena mengena dengan politik," katanya yang membuat laporan berhubung ugutan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah semalam.


Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger