Headlines News :
Home » » BN berpeluang cerah menang PRU 13 - Mapan

BN berpeluang cerah menang PRU 13 - Mapan




KUALA LUMPUR - Tinjauan terbaharu Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia dan Majlis Profesor Negara (MPN) menjangkakan, Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang cerah untuk kekal memerintah negara pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Kajian melibatkan 3,550 responden yang layak mengundi di seluruh negara itu menunjukkan BN menerima sokongan sebanyak 55 peratus, pakatan pembangkang (41 peratus) dan baki empat peratus memilih calon bebas.

Pengarah Mapan, Prof. Madya Muhamad Ali Embi berkata, kajian yang dijalankan pada minggu kedua tempoh berkempen itu mendapati BN dijangka kekal memerintah di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Perlis, Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak.

"Walaupun pakatan pembangkang yang terdiri daripada Pas, DAP, Parti Keadilan Rakyat dilihat memberi saingan hebat dalam usaha menawan Putrajaya, BN masih boleh mencapai kemenangan selesa pada 5 Mei ini," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Muhamad Ali berkata, BN mendapat sokongan kuat di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan apabila sebanyak 72 peratus responden menyokong Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri berbanding Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (28 peratus).

Ujarnya, sebanyak 55 peratus responden di negeri-negeri Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang pula menyatakan sokongan kepada Najib, manakala 45 peratus mahukan Anwar.
BN juga mempunyai kelebihan di Wilayah Persekutuan, Selangor dan Perak dengan 55 peratus responden memilih Najib, manakala Anwar mendapat 47 peratus sokongan.

Responden di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang pula mahu mengekalkan Najib (55 peratus) berbanding Anwar (45 peratus).
Dapatan kajian di Sabah dan Sarawak pula memihak kepada BN iaitu sebanyak 65 peratus responden menyokong Najib dan Anwar memperoleh 35 peratus sokongan.
Tinjauan yang dijalankan pada 28 hingga 30 April lalu itu turut menunjukkan sebanyak 58 peratus responden di seluruh negara yakin dengan kepimpinan Najib sebagai Perdana Menteri.


Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger