Pemilihan jawatan tertinggi bakal dilaksanakan secara serentak di semua peringkat bahagian seluruh Negara. Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kaedah pemilihan melibatkan 191 bahagian itu akan ditetapkan seperti penggunaan kertas undi, dakwat kekal dan beberapa cadangan yang berkaitan.
"Bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali akan turun ke setiap negeri bagi menjelaskan kaedah pemilihan," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO sebentar tadi.
Sementara itu, Perdana Menteri mengingatkan setiap anggota MT UMNO agar perlu mewujudkan bidang pengkhususan dalam memastikan rakyat mendapat maklumat yang tepat dan telus.
"MT UMNO perlu mewujudkan bidang seperti media sosial dan sebagainya. Kita akan susun semula agar mesej UMNO dapat dijalankan lebih smpurna," ujarnya.
Post a Comment