Headlines News :
Home » » UMNO bukan tempat untuk puaskan hati pemimpin engkar arahan parti - Khairy

UMNO bukan tempat untuk puaskan hati pemimpin engkar arahan parti - Khairy



Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin berkata, UMNO bukan parti untuk memuaskan hati atau ego mana-mana pemimpin, apatah lagi yang bertindak engkar arahan parti dengan bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) ini.

Katanya, tindakan Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim bertanding sebagai calon Bebas di kerusi Parlimen Kuala Kangsar itu adalah satu mesej negatif kepada parti ini serta Barisan Nasional (BN) yang ketika ini sedang bertungkus lumus memastikan kemenangan pada PRU-13.

"Dia (Kamilia) tidak menunjukkan contoh yang baik, mahupun teladan yang baik. Saya rasa amal kesal. Ini adalah mesej yang begitu negatif kepada ahli kita, seolah-olah apabila tidak berpuas hati kita boleh bertindak melawan parti.

"Sekarang misi kita adalah memenangkan BN dalam PRU-13, bukan untuk memuaskan hati dan ego mana-mana pemimpin,'' katanya kepada pemberita selepas beramah mesra dengan orang ramai dan pengundi di pasaraya Giant Senawang, dekat sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger