Headlines News :
Home » » Rakyat jangan terpengaruh seruan " Ubah " , kekalkan kerajaan sekarang - Najib

Rakyat jangan terpengaruh seruan " Ubah " , kekalkan kerajaan sekarang - Najib




Datuk Seri Najib Tun Razak mahu rakyat bijak membuat keputusan dengan mengekalkan kerajaan sedia ada dan bukannya terpengaruh dengan perkataan "ubah" yang akhirnya keputusan itu boleh mengecewakan.

Perdana Menteri berkata, hakikatnya kerajaan yang ada sekarang berjaya membuktikan bahawa setiap program berkaitan dengan dasar transformasi negara menjurus kepada usaha menjaga kepentingan rakyat.

Malah beliau berkata, kewujudan kompleks Terminal Bersatu Selatan (TBS) di Bandar Tasik Selatan di sini merupakan salah satu contoh bagaimana kerajaan sentiasa prihatin dengan masalah rakyat khususnya dalam soal menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam terbaik kepada warga kota. - UTUSAN ONLINE
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger