Headlines News :
Home » » Rakyat tak yakin projek terowong dasar laut kerajaan DAP

Rakyat tak yakin projek terowong dasar laut kerajaan DAP




PULAU PINANG 10 Mac - Projek pembinaan terowong dasar laut dan empat lebuh raya yang diumumkan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang ternyata kurang meyakinkan pelbagai pihak di negeri ini.
Dalam satu sesi dialog bersama Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang diadakan hari ini, rata-rata peserta memberi reaksi kurang senang dan kelihatan teragak-agak menyatakan kesediaan mereka untuk menerima projek berkenaan.

Terdapat juga peserta mempersoalkan keperluan dan kesan pembinaan projek tersebut.
Bagi kebanyakan mereka, kerajaan negeri sepatutnya memberi keutamaan untuk meningkatkan mutu dan kemudahan pengangkutan awam berbanding projek mega bernilai RM6.3 bilion itu.

Bagaimanapun, Guan Eng menuding jari kepada Kerajaan Persekutuan berhubung masalah kesesakan lalu lintas dan tidak menerangkan secara terperinci mengenai projek mega berkenaan.


Share this post :

+ comments + 1 comments

Anonymous
March 11, 2013 at 6:17 PM

Allo kawan AA! Lu cakap mau bikin telowong under sea. Tapi aa apasai manyak mahai!! Hayaa lu kasi itu Sulu punya olang boleh kasih bikin telowong 8km dalam masa 3 bulan ma!! manyak jimat ma!!! jadi itu FERRY nampak gaya jadi bungkus lo!!! Lagi melayu tak boleh cari makan!!! Manyak cilaka lah ini macam!!!

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger