Headlines News :
Home » » PRU 13 : Pecutan Najib semakin pantas untuk bertemu rakyat

PRU 13 : Pecutan Najib semakin pantas untuk bertemu rakyat


Pada peringkat akhir merupakan jawapan yang diberikan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak apabila ditanya mengenai tarikh pilihan raya umum akan datang. Seperti mana-mana ‘pelumba’, Perdana Menteri telah merancakkan lagi rentak ‘pecutan’ ke arah garisan penamat dengan memperbanyakkan lagi acara dalam diari beliau yang sudah pun penuh dengan pelbagai aktiviti.

 Ini bagi memastikan beliau dapat memenuhi semua perkara asas dari isu-isu negara kepada menangani masalah penting yang berkaitan dengan pemilihan calon. Difahamkan, beliau mengambil masa antara acara pada setiap hari untuk berjumpa dengan mereka yang akan digugurkan atau tidak dipilih sebagai calon.

 Setiap langkah beliau diteliti berikutan negara mengharapkan pengumuman bilakah pilihan raya umum akan dilakukan. Dalam perjumpaan mingguan beliau dengan Yang di-Pertuan Agong pada Rabu mula menimbulkan cakap-cakap bahawa beliau menghadap Baginda bagi mendapatkan perkenan untuk membubarkan Parlimen. Bagaimanapun, tiada sebarang pengumuman mengenainya.

 Dikatakan bahawa ia sekadar taklimat mingguan Perdana Menteri kepada Baginda mengenai isu-isu yang menjejaskan negara selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet. Kini timbul spekulasi secara meluas mengenai tarikh 25 Mac yang mana beliau akan mendapatklan perkenan Baginda untuk membubarkan Parlimen. Pihak dalaman difahamkan bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan akan berakhoir pada 27 Mac, dan menyatakan bahawa Najib kemungkinan tidak akan membenarkan ia berlaku kerana ia akan menjadi kesan yang tidak baik kepada parti pemerintah.

 Najib terus mempercepatkan langkah beliau menjelangnya pilihan raya. Hari ini (Khamis), beliau akan merasmikan Kompleks Pakar dan Pusat Rawatan Harian (SCACC) Hospital Kuala Lumpur. Pada Khamis juga beliau akan membuat lawatan sekian kalinya ke Kelantan di mana Barisan Nasional(BN) dikatakan akan memberikan saingan sengit kepada kerajaan PAS.

 Pada Jumaat, beliau akan menyertai makan malam dengan masyarakat Cina di Seremban di mana beliau berharap untuk meningkatkan peluang BN bagi menawan semula kerusi daripada pembangkang. Negeri Sembilan merupakan satu-satunya negeri yang dipegang oleh BN yang tidak mempunyai majoriti dua pertiga.

 Pada Sabtu, beliau dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyertai beratus ribu wanita di Putrajaya untuk Perhimpunan Ungu Jutaan Wanita bagi menyambut Hari Wanita Antarabangsa. Menteri Besar dan Ketua Menteri akan mengetuai perhimpunan yang sama di negeri masing-masing. Pada waktu malamnya, beliau akan menghadiri satu majlis dengan masyarakat India di Klang yang mana merupakan tempat yang dilawatinya banyak kali bagi merampas Selangor daripada Pakatan Rakyat.
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger