BN dilihat peluangnya untuk menawan semula Pulau Pinang melalui kawasan majoriti Melayu yag dikuasainya sejak Merdeka.
Bagi Pakatan, menurut spekulasi, PKR merancang untuk menggugurkan atau memindahkan semua penyandang bukan Melayu di Pulau Pinang - sesuatu yang dilihat sebagai merugikan gabungan itu.
Kerusi terbabit ialah Tambun (dipegang oleh timbalan ketua PKR negeri dan exco kerajaan negeri, Law Choo Kiang), Bukit Tengah (Liew Chee Wen), Kebun Bunga (Jason Ong Khan Lee), Pantai Jerejak (Sim Tze Tzin), Batu Uban (S Raveentharan) danMachang Bubuk (Tan Hock Leong).
Law mungkin dipindahkan keBukit Tengah untuk menangani
"cabaran terbesar" dari BN, yang dilaporkan merancang untuk membariskan pengerusinya, Teng Chang Yeow (kiri) di situ, manakala ia Sim, seperti yang pernah diperkatakan sebelum ini, akan bertadning kerusi Parlimen Bayan Baru.
Dengan kerusi Pantai Jerejak ditawarkan kepada ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Mohd Rashid Hasnon, maka "kuota" bagi kerusi DUN bukan Melayu untuk PKR Pulau Pinang akan berkurang dari lima kepada empat.
Selain isu-isu kurang prestasi dan peribadi yang dihadapi mereka yang akan digugurkan, bukan Melayu disasarkan selepas satu kumpulan menghadiri mesyuarat dalaman pada Mac tahun lepas, di mana minitnya mendedahkan pengerusi PKR negeri, Datuk Mansor Othman telah melabelkan Lim sebagai "Tokong yang sombong, bongkak "- dibocorkan kepada blog dan kemudian dipaparkan di TV3.- MALAYSIAKINI-
Apakah Kewujudan Jho Low Sudah Di Anggap Hearsay?
-
Apakah Kewujudan Jho Low Sudah Di Anggap Hearsay? Menteri Dalam Negeri,
Saifuddin Nasution pernah berkata, kerajaan yang ada sekarang tidak lagi
fokus ...
1 day ago
Post a Comment