Headlines News :
Home » » Persatuan bekas Polis P.Pinang kutuk kebiadapan Tian Chua

Persatuan bekas Polis P.Pinang kutuk kebiadapan Tian Chua




NIBONG TEBAL - Kenyataan biadab Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua berhubung insiden pencerobohan pengganas Sulu di Sabah terus dikecam banyak pihak.

Turut mengecam tindakan tersebut ialah seramai 25 ahli Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) P.Pinang   mengadakan demontrasi aman di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini hari ini.

Mereka turut membuat laporan polis menuntut supaya pihak berkuasa segera mengambil tindakan tegas terhadap Ahli Parlimen Batu itu.

Dalam demontrasi selama sejam itu peserta turut membawa sepanduk dan kain rentang yang mengutuk sekeras-kerasnya kebiadapan Tian Chua selain membakar gambar Naib Presiden PKR itu.

Pengerusi PBPM P.Pinang , Abd Aziz Mat Nor berkata, sebagai rakyat Malaysia, Tian Chua tidak berhak mengeluarkan kenyataan seperti itu yang jelas telah melukakan hati rakyat negara ini.

Mereka juga  menyuruh Tian Chua kemukakan bukti bahawa peristiwa Lahad Datu adalah sandiwara dan memberi amaran kepada Tian Chua kalau hendak berpolitik haruslah memberi tumpuan dlm politik sahaja jangan campur dalam urusan keselamatan negara.
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger