BUKIT MERTAJAM 9 Mac - Umat Islam wajib menolak keputusan pakatan pembangkang pada 8 Januari lalu yang membenarkan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam, seterusnya menolak pakatan tersebut dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 demi mempertahankan akidah.
Dua ketetapan itu terkandung dalam Deklarasi Permatang Pauh yang dilancarkan dalam Ijtimak Ummah Mempertahan Kalimah Allah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Pulau Pinang di sini hari ini.
Ia dibacakan oleh Pengerusi Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP), Mohamed Hafiz Mohamed Nordin.
Deklarasi tersebut juga bersetuju dengan keputusan Majlis Syura Ulama Pas yang menegaskan kalimah Allah adalah merujuk kepada Tuhan orang Islam, justeru terjemahan God atau Lord kepada perkataan Allah adalah penyalahgunaan kalimah itu dan harus ditegah.
Post a Comment