Headlines News :
Home » » Pemuda BN persoal Guan Eng beri projek RM6.3 Billion kepada syarikat RM2 ??

Pemuda BN persoal Guan Eng beri projek RM6.3 Billion kepada syarikat RM2 ??




Pemuda Barisan Nasional (BN) negeri membidas Ketua Menteri, Lim Guan Eng kerana memberikan tender bagi projek infrastruktur bernilai RM6.3 bilion kepada sebuah konsortium yang didakwa tidak boleh dipercayai. Difahamkan ketuanya, H’ng Khoon Leng berkata, mereka begitu marah dan terkejut apabila projek jalan dan terowong bawah laut telah diberikan kepada syarikat usaha sama Malaysia-China iaitu Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd, yang mempunyai modal berbayar RM dan modal dibenarkan sebanyak RM100,000.

 Projek-projek itu terdiri daripada terowong dasar laut Gurney Drive-Bagan Ajam sepanjang 6.5 kilometer (km), lebuh raya Gurney Drive-Tun Dr Lim Chong Eu 4.2 km, lebuh raya Tun Dr Lim Chong Eu-Bandar Baru Air Itam 4.6 km, dan jalan menghubungkan antara Tanjung Bungah dan Teluk Bahang 12km. 

"Kerajaan negeri menyatakan bahawa modal berbayar bagi pemaju perumahan mesti mencapai 3% daripada jumlah nilai projek itu," kata H'ng pada sidang media di pusat operasi negeri BN pada Ahad.

 "Ini adalah satu projek infrastruktur bernilai berbilion ringgit dan beliau (Lim) memberikannya kepada sebuah syarikat dengan modal berbayar RM2. Apa yang dia lakukan?" soal beliau. 

Ketua Pemuda Umno Negeri, Dr Shaik Hussein Mydin berkata, mana-mana syarikat perlu menunjukkan bahawa ia adalah mampu dari segi kewangan sebelum terlibat dalam mana-mana projek. "Kita tahu bahawa Beijing Urban Construction Group (BUCG), merupakan salah satu daripada syarikat pembinaan yang terbesar di China, ia adalah syarikat yang baik.

 "Tetapi syarikatyang diberikan projek ini adalah Consortium Zenith, yang mana pemegang saham tempatannya tidak diketahui. Kita tahu mereka mempunyai dua pengarah, tetapi kita tidak tahu siapa mereka," katanya. Dr Shaik Hussein juga mempersoalkan Lim yang menyerahkan tanah tebus guna seluas 44.51 hektar di Tanjung Pinang kepada syarikat pembinaan itu. Beliau berkata, sepatutnya tiada tempoh konsesi 30 tahun bagi kutipan tol untuk link ketiga, apabila syarikat itu diberikan tanah itu secara berperingkat.

 "Tanah itu adalah RM525 kaki persegi dan kini bernilai RM2.5 bilion. "Dalam tempoh lima tahun, ia akan bernilai sekurang-kurangnya RM5 Bilion dan pembangunan di atas tanah itu akan memberi syarikat keuntungan sebanyak tiga atau empat kali lebih daripada RM6.3 bilion, menyebabkan mereka mendapat sekurang-kurangnya RM30 bilion. "Mereka akan mendapat RM8.7 bil lagi sekiranya mereka diberikan konsesi 30 tahun," kata Dr Shaik Hussein.

 Beliau menambah, kutipan tol bagi link ketiga, yang dinyatakan Lim sebelum ini bahawa bayaran itu mesti menyamai dengan jambatan kedua Pulau Pinang, bertentangan dengan manifesto Pakatan yang menghapuskan semua bayaran tol
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger