Headlines News :
Home » » Pembangkang diminta henti fitnah SPR

Pembangkang diminta henti fitnah SPR


Mana-mana parti politik diingatkan agar tidak mengaitkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam kempen politik mereka kerana ia satu tindakan tidak bertanggungjawab. Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, SPR mahu memberi pekhidmatan yang baik untuk rakyat mengundi demik hak sama rata kepada semua orang yang bertanding.

 “Saya merayu parti politik jangan kaitan SPR dalam berkempen. Kita mahu satu pilihan raya yang bebas dan adil. “SPR tidak bertanding dalam Pilihan Raya Umum. SPR menguruskan pilihan raya, jangan campur adukkan urusan pilihan raya dengan berkempen, kalau mereka buat begitu nampak sangat mereka tidak bertanggungjawab dan tidak menghormati undnag-undang,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan taklimat Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya di sini,semalam.

 Menurut beliau, SPR telah sedaya upaya memberi yang terbaik dan memenuhi tuntutan-tuntutan yang dibuat banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Bersih 2.0.

 “Apa lagi tuntutannya? Tuntutan lain tiada kaitan dengan SPR, politik kotor, memperkasakan institutsi awam ke tiada kaitan dgn SPR,” katanya. Ketika diminta mengulas mengenai dakwaan yang beliau cenderung kepada Umno-BN, Wan Ahmad berkata, itu hanya tanggapan liar kerana setiap kenyataannya adalah untuk melindungi SPR.

 “Saya bercakap benda yang betul, tengok kenyataan saya berlandaskan undnag-undang dan peraturan kerana saya lama dalam SPR. Siapa yang langgar undang-undang dia terasa pedas. 

“Yang langgar undang-undnag dan kritik SPR siapa? Saya jawab dan pertahankan SPR, bukan saya cenderung dengan mana-mana parti politik, sebagai seorang pengundi saya berhak.

 Tetapi sebagai Timbalan Pengerusi SPR saya menjelaskan undang-undang dan peraturan tidak ada niat dan kaitan untuk menghentam atau menuju mana-mana sasaran,” katanya -UTARA NEWS-
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger