Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berikrar bahawa beliau tidak sesekali akan membiarkan seinci pun bumi Malaysia digugat atau dinodai oleh sesiapa. Perdana Menteri menegaskan, sebagai ketua kerajaan, beliau perlu memastikan kedaulatan serta keselamatan negara sentiasa terjamin dan atas faktor itu, satu operasi besar-besaran oleh pasukan keselamatan telah digerakkan bagi menumpaskan kumpulan penceroboh Sulu di Lahad Datu, pagi ini.
Katanya, memang pada mulanya niat kerajaan ketika isu pencerobohan itu mula timbul tidak lain tidak bukan untuk tidak membenarkan setitik darah pun tertumpah di bumi Sabah sama ada di pihak Malaysia mahupun kumpulan penceroboh.
''Namun saya merasa amat dukacita bahawa niat yang baik dan murni ini telah dibalas dengan tindakan menembak dan membunuh dengan cara sangat kejam yang dilakukan terhadap pasukan polis kita. ''Oleh itu, sebagai ketua kerajaan saya mengambil keputusan bahawa masa untuk kita memberikan apa-apa pertimbangan sudah berakhir dan kita perlu bertindak dengan segala kekuatan yang ada,'' katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan 16,000 hadirin ketika merasmikan Majlis Perhimpunan Perdana Ulama, Umara dan Asnaf di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini hari ini. Yang turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim; Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Zainal Abidin Jaffar. Najib dalam pada itu berkata, operasi besar-besaran tersebut telah dimulakan dengan serangan udara oleh pesawat-pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kira-kira pukul 10 pagi.
''Pada saat saya sedang berucap ini pasukan tentera darat dan anggota polis dalam kereta perisai dengan anggota-anggota yang mengikuti di belakangnya sedang melakukan tindakan untuk memberkas dan menumpas pasukan yang telah melanggar kedaulatan negara,'' ujarnya Menyentuh isu sama Perdana Menteri turut melahirkan rasa syukur bahawa rakyat Malaysia pada umumnya menyokong penuh pendirian dan tindakan yang diambil oleh pihak kerajaan.
Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri menyelar seorang pemimpin pembangkang yang tergamak menuduh pencerobohan tersebut sebagai sandiwara UMNO.
''Paling sedih dan menyayat hati apabila saya terpaksa pergi ke lapangan terbang untuk menerima jenazah-jenazah wira-wira negara dan saya cukup sedih apabila berdepan dengan balu-balu dan anak-anak mereka.
''Ada anak lima ke enam tahun tidak tahu apa-apa. Mereka beritahu saya bapa kena bom. Inilah kisah-kisah yang menyedihkan saya tetapi ada juga orang yang tergamak menuduh ini adalah satu sandiwara kerajaan. Saya tidak tahu apa yang hendak saya kata kepada manusia seperti ini,'' ujarnya dengan penuh sebak.
Beliau berkata, pemimpin tersebut langsung tidak ada hati perut dan sebab itu dia sanggup mengeluarkan kata-kata keji. ''Atas sebab ini jugalah rakyat perlu menolak orang seperti ini,'' katanya.
Apakah Kewujudan Jho Low Sudah Di Anggap Hearsay?
-
Apakah Kewujudan Jho Low Sudah Di Anggap Hearsay? Menteri Dalam Negeri,
Saifuddin Nasution pernah berkata, kerajaan yang ada sekarang tidak lagi
fokus ...
How I Became An Expert on
-
Service Communication Services If you require to make your employees
interact, or if you are looking for ways to improve performance within your
service, t...
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
Kaum Hawa Digesa Teroka Perniagaan Kreatif
-
KUALA LUMPUR – Kaum wanita di negara ini digesa mengambil peluang menceburi
bidang perniagaan kreatif yang mempunyai pasaran luas, kata Penasihat
Pembangun...
Seni dan Politik
-
Laundering: Real Estate and ArtTheir laundering functions replicate a fund
which in 1MDB’s balance sheet is deemed as investments. Once the London
mansion ...
Marquez sambar petak pertama
-
SEPANG 25 Okt. - Penunggang Repsol Honda Team Marc Marquez akan memulakan
perlumbaan di petak pertama esok setelah mencatat masa terpantas dalam
ujian kela...
Post a Comment