Agensi berita antarabangsa, Reuters pada 14 Februari lalu telah mendakwa bahawa pencerobohan kumpulan bersenjata asing di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah berlaku atas jemputan pembangkang di negara ini.
Reuters yang memetik kenyataan seorang pegawai tentera Filipina dilaporkan berkata, kumpulan 150 orang diketuai Raja Muda Sulu, Raja Muda Azzumudie itu mendarat di Lahad Datu bagi membincangkan isu tuntutan tanah ekoran jemputan tersebut.
Sementara akhbar dalam talian, The Manila Times pula menerusi koresponden mereka, Al Jacinto, melaporkan, pencerobohan tersebut juga ada kaitan dengan janji pembangkang di Malaysia untuk memberikan kuasa autonomi kepada Sabah jika berjaya membentuk kerajaan.
"Pencerobohan tersebut berlaku setelah bekas pemimpin Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga pemimpin defacto pakatan pembangkang mencadangkan Sabah akan diberikan autonominya kepada pemerintahan Kesultanan Sulu," dakwa Al Jacinto.
Laporan tersebut mencetuskan kebimbangan dalam kalangan rakyat apakah benar pembangkang terbabit sehingga tercetusnya kejadian tersebut memandangkan Anwar ketika ini membuat penafian sekadar menuduh berita itu dibuat oleh UMNO. - UTUSAN ONLINE
Post a Comment