Headlines News :
Home » » Ada dalang terlibat pencerobohan serangan berdarah Lahad Datu

Ada dalang terlibat pencerobohan serangan berdarah Lahad Datu




KUALA TERENGGANU 1 Mac - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) percaya terdapat dalang di sebalik pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu, Sabah yang setakat ini telah mengorbankan dua anggota pasukan keselamatan Malaysia.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, pihaknya yakin kehadiran kumpulan penceroboh tersebut dilakukan hasil daripada perancangan rapi pihak tertentu.

Sehubungan itu, beliau menggesa Kementerian Dalam Negeri menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca kejadian yang menggemparkan negara itu.

"Kita tak boleh tuduh sesiapa tetapi saya yakin ada dalang dan pihak keselamatan sudah tentu ada maklumat mengenainya. Saya harap kerajaan dapat maklumat tepat dan sedia mendedahkan dalang di sebalik peristiwa ini," katanya.

\
Share this post :

+ comments + 1 comments

March 2, 2013 at 11:43 AM

Fitnah semata2… tanpa bukti.. sedap mengolah cerita. Cerita yg direka baik punya… Semua org sedih dgn kematian, tak perlu buat dosa menjadi kafir menFITNAH orang. Apabila sudah tersepit xde sokongan..x brani buat praya, mcm2 boleh buat!
Nak tutup pendedahan Suruhanjaya DiRaja, kes beri IC kpd ratusan ribu org asing termasuk org filipina…
Sudah tersepit untuk kalah, sanggup korbankan pejuang negara demi kepentingan politik...sebagaimana sanggup letupkan seorang wanita...yg jadi mangsa dihukum gantung sampai mati..2 org pejuang negara juga...

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger