Headlines News :
Home » » Ugut saman kerajaan Pusat untuk tutup janji manifesto DAP

Ugut saman kerajaan Pusat untuk tutup janji manifesto DAP




PULAU PINANG 27 Feb. - Ketua Menteri, Lim Guan Eng dilihat semakin terdesak menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 selepas 'mengugut' mahu menyaman Kerajaan Persekutuan sekiranya gagal membenarkan negeri ini melaksanakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT).

Apa yang menghairankan, menurut Setiausaha Gerakan negeri, Goh Kheng Sneah, perkara itu turut dijanjikan DAP dalam manifesto pilihan raya umum 2008 namun tidak dilaksanakan sehingga kini.


"Sekarang Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP pula begitu mudah meletakkan kesalahan ke atas Kerajaan Persekutuan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Guan Eng mendesak Kerajaan Pusat dan SPR melaksanakan pilihan raya bagi Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger