Headlines News :
Home » » Pakatan mimpi disiang hari nak bina rumah mampu milik

Pakatan mimpi disiang hari nak bina rumah mampu milik




– Pelancaran manifesto pakatan pembangkang yang bertemakan ‘Pakatan Harapan Rakyat’ diibaratkan umpama mimpi disiang hari lantaran tidak selari dengan apa yang dilaksanakan oleh mereka sepanjang hampir sepenggal berkuasa di empat buah negeri, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Ir Idris Haron.
“Mereka bermimpi disiang hari kerana hingga ke hari ini sudah berapakah jumlah rumah mampu milik dibina di negeri pemerintahan mereka selama lima tahun mereka berkuasa?” soalnya.
Antara tawaran dalam manifesto pembangkang ialah membina 150,000 rumah selesa mampu milik sebagaimana yang dibentangkan dalam majlis pelancarannya di Pusat Konvensyen Shah Alam, semalam ini oleh oleh tiga pemimpinnya iaitu Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli, Ahli jawatankuasa Pas Pusat Dr Dzulkefly Ahmad dan Naib Presiden DAP M Kulasegaran.
“Semua rumah mampu milik yang ada di negeri-negeri tadbiran pembangkang disempurnakan pembinaannya oleh kerajaan Persekutuan melalui pentadbiran Barisan Nasional (BN) yang dilaksanakan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Risda, Felda dan lain-lain,” katanya yang juga Pengerusi SPNB.
Tegas beliau, selama 23 tahun Pas mentadbir Kelantan tetapi malangnya semua rumah mampu milik di negeri terbabit dibina oleh SPNB.
“Negeri Kelantan adalah antara penerima terbanyak rumah mampu milik kelolaan SPNB hasil pentadbiran BN selaku kerajaan Persekutuan sedangkan kepimpinan Pas ibarat janji ketua pembangkang kepada penduduk Kampung Buah Pala iaitu hanya di tepi bibir manisnya saja.
“Akhirnya, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib juga yang telah menyerahkan kunci rumah kepada mangsa penipuan PKR kerana mereka cakap tak serupa bikin. PKNS di Selangor hanya membina rumah banglo mewah dan begitu juga di Pulau Pinang, manakala Kedah pula hanya menagih simpati dari SPNB.”
Tegas beliau yang juga Ahli Parlimen Tangga Batu, dalam tempoh tujuh tahun, rumah mampu milik yang dibina oleh SPNB di Kelantan adalah sebanyak 3,581 buah dengan angka tertinggi ialah di Selangor yang membabitkan sejumlah 7,948 buah rumah.
“Biarpun negeri-negeri tadbiran pakatan pembangkang tetapi kerajaan Persekutuan tidak pernah meminggirkan kepentingan dan kebajikan rakyat, tidak ada konsep pilih kasih walaupun kerajaan negeri pembangkang lebih tertumpu kepada rumah-rumah mewah.
“Apa yang disajikan dalam manifesto baru pakatan pembangkang hanyalah atas kertas kerana rumah-rumah mampu direalitikan oleh kerajaan BN sekalipun di negeri-negeri pakatan pembangkang malah di Pulau Pinang dan Kedah juga, SPNB turut terlibat dan telah membina sebanyak 1,703 di Pulau Pinang dan 2,870 di Kedah.”
Dilaporkan, manifesto baru pakatan pembangkang menggariskan 14 tawaran dalam cabang kesejahteraan rakyat yang antaranya ialah menurunkan harga minyak, menghapuskan tol, menurunkan harga kereta, keadilan warga Felda, caj elektrik lebih rendah, pendidikan percuma, hapus monopoli, perkhidmatan wad percuma di semua hospital kerajaan serta bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dinaikkan. -MediaUMNO
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger