Home »
UMNO Penang
» Turunkan kain rentang ucapan PM perbuatan angkuh & biadap
NIBONG TEBAL 4 Feb. - Tindakan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) menurunkan kain rentang ucapan Selamat Tahun Baru Cina oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan sebagai biadab.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, beliau kesal dengan perbuatan tersebut kerana kain rentang itu digantung dengan tujuan baik.
"Kalau kain rentang Perdana Menteri dengan wajahnya mahu menyatakan sesuatu yang gembira kepada rakyat pun dibuang, itu menunjukkan sikap sungguh biadab oleh sebuah agensi di bawah kerajaan DAP Pulau Pinang," katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jawi di sini hari ini. - UTUSAN.
Post a Comment