NIBONG TEBAL – Y.B Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein mengingatkan gerakan kesukarelaan bukan untuk menanam kebencian, menabur fitnah atau melaga-lagakan antara kaum, tetapi untuk penyatuan dan untuk keamanan.
Malah ia sekaligus mewujudkan gelombang untuk mematahkan arus kebencian, perpecahan, pertembungan kaum, budaya, agama, serta menolak aktiviti keganasan.
Skuad Muda KDN yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tahun lepas adalah usaha kementerian untuk menggembleng semangat kesukarelaan dalam kalangan generasi pewaris.
. Lebih 3 ribu anggota RELA sekitar parlimen Nibong Tebal hadir di dalam perjumpaan bersama Menteri Dalam Negeri hari ini .
Penganugerahan pangkat kehormat RELA
simbolik penanaman pokok untuk gerakan sukarelawan ..
Post a Comment