Headlines News :
Home » » Muhyiddin bidas Guan Eng mahu kacau rumah terbuka BN

Muhyiddin bidas Guan Eng mahu kacau rumah terbuka BN






Tan Sri Muhyiddin Yassin menyelar sikap Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang dilihat mempunyai niat tidak baik kerana mahu menimbulkan kekacauan dalam majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Barisan Nasional (BN) negeri 11 Februari ini.


Menurut Timbalan Perdana Menteri, Setiausaha Agung DAP itu tidak sepatutnya cuba mencetuskan suasana tidak tenteram dalam majlis sambutan perayaan sedemikian yang menekankan semangat keriangan dan perpaduan.
Beliau berkata, Guan Eng perlu menghormati majlis tersebut kerana rakyat termasuk parti politik seperti BN berhak menyambut perayaan itu.


"Macam kerja bodoh. Kenapa mahu timbulkan kekacauan?
"Mungkin niat dia tidak ikhlas kerana tujuannya mahu menimbulkan keadaan tidak tenteram.


"Sebagai tokoh kerajaan negeri, apa yang dibuat (majlis itu) hak kita (BN). Janganlah kacau," tegasnya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perjumpaan dan jamuan makan tengah hari bersama jentera pilihan raya BN negeri di sini hari ini.


Terdahulu beliau mendengar taklimat pilihan raya oleh BN Pulau Pinang sebelum mengadakan perjumpaan dengan pengerusi pusat daerah mengundi (PDM) seluruh negeri.
Muhyiddin mengulas tindakan Guan Eng menyeru orang ramai yang mahu hadir ke majlis berkenaan memakai baju kuning sebagai tanda sokongan kepada himpunan Bersih anjuran pembangkang, hijau untuk alam sekitar dan merah bagi Pulau Pinang.



Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger