Headlines News :
Home » » Pembangkang tertekan , tabur janji palsu manifesto

Pembangkang tertekan , tabur janji palsu manifesto




GEORGETOWN - Pemuda BN Pulau Pinang hari ini menyifatkan janji pembangkang dalam manifesto pilihan raya umum ke-13 adalah tidak masuk akal dan kebudak-budakan. 

Timbalan Ketuanya Shaik Hussein Mydin berkata, antara janji seperti memberikan pendidikan percuma, memberi rumah percuma kepada ibu tunggal adalah satu janji palsu kerana mereka tidak melaksanakannya walaupun telah memegang tampuk kerajaan di Pulau Pinang dan beberapa buah negeri lain.

"Walaupun mereka berkuasa di Pulau Pinang, kerajaan pakatan pembangkang itu tidak pun memberi pendidikan percuma dan membina rumah untuk golongan miskin di negeri ini," katanya ketika dihubungi Bernama di Georgetown.

Beliau berkata, janji-janji karut itu dibuat kerana pakatan pembangkang kini tertekan dengan kejayaan program transformasi yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, ditambah dengan kerja keras BN yang dapat melaksanakan semua janji-janji.


Pakatan pembangkang hari ini melancarkan sepuluh manifesto menjelang PRU-13 antaranya pendidikan percuma bermula dari prasekolah sehingga menara gading, kad ahli DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS boleh diguna pakai di mana-mana plaza tol untuk mendapatkan tol percuma dan bantuan perniagaan RM10,000 kepada setiap peniaga yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Shaik berkata pakatan pembangkang seharusnya melaksanakan terlebih dahulu kesemua manifesto itu di setiap negeri yang ditadbir mereka bagi menunjukkan kemampuan mereka dalam menepati semua janji itu.
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger