BALIK PULAU 30 Dis. - Bagaikan menunggu buah yang tidak gugur.
Itu yang dirasai oleh kira-kira 30 penduduk Bandar Air Putih di sini kerana sudah lapan tahun menunggu projek pembinaan surau di kawasan perumahan tersebut yang sehingga kini belum nampak sebarang tanda untuk dimulakan.
Ekoran itu mereka mengadakan perhimpunan hari ini bagi meluahkan keluhan mereka agar dapat didengari dan tindakan segera dapat diambil oleh pihak-pihak berkaitan.
Ahli Jawatankuasa Bertindak Surau Bandar Air Putih, Pazli Ismail berkata, penduduk sudah tidak sanggup menunggu dan berharap pembinaan surau berkenaan dapat disegerakan bagi kemudahan mereka.
Menurutnya, mengikut pelan asal pembangunan projek Bandar Air Putih, sememangnya wujud tapak seluas 0.08 hektar bagi pembinaan surau tetapi hingga ke hari ini tidak dibangunkan lagi.
"Sepatutnya surau itu sudah dibina lapan tahun lalu kerana termasuk dalam pelan asal projek, malah tapaknya juga wujud. Jadi mengapa sehingga sekarang tiada tanda-tanda surau itu akan dibina?" katanya ketika ditemui pemberita selepas perhimpunan aman tersebut hari ini.
Projek Bandar Air Putih mula dibangunkan pada 1998 apabila pelan pembangunan kawasan itu diluluskan dengan pembinaan empat fasa kawasan perumahan yang merangkumi rumah teres dan pangsapuri termasuk kemudahan surau dan sekolah.
Bagaimanapun tambah Pazli, surau yang sepatutnya dibina dalam pembangunan fasa satu kawasan tersebut masih tertangguh biarpun kawasan berkenaan kini dihuni kira-kira 500 penduduk beragama Islam.
"Apabila kami bertanya kepada pemaju, mereka memberi alasan bahawa pihaknya tidak terlibat dalam pembangunan fasa satu kerana fasa berkenaan di bawah tanggungjawab pemaju lama.
"Oleh itu sekarang ini kami meminta pihak berkuasa terlibat seperti Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan pemaju lama untuk tampil dan menjelaskan perkara ini. Jangan sampai kami sudah meninggal dunia, baru mereka mahu membinanya," katanya.
Selain itu, seorang penduduk Roselina Abd. Rahman berkata, dia sangat berharap pembinaan surau tersebut dapat disegerakan bagi memudahkan penduduk menjalankan aktiviti keagamaan termasuk mengadakan kelas fardu ain.
"Cukuplah, kami sudah lama menanti kewujudan sebuah surau di sini. Jangan biar kami menanti lagi," ujarnya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Balik Pulau, Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff yang turut dipanggil oleh penduduk, menjelaskan, beliau akan memanjangkan perkara berkenaan kepada pihak berwajib.

Post a Comment