Headlines News :
Home » » 3 sekolah SRJK Tamil dapat bangunan baru 2013

3 sekolah SRJK Tamil dapat bangunan baru 2013



BATU KAWAN, 30 Disember 2012 : Pembinaan bangunan baharu bagi tiga buah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SRJKT) di bawah peruntukan khas sebanyak RM11.4 juta dijangka bermula awal tahun depan, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Pulau Pinang Teng Chang Yeow.

 Beliau berkata selain pembinaan bangunan baharu itu, sembilan buah SRJK(T) akan dibaik pulih di bawah peruntukan khas itu.

 “Tiga buah SRJK(T) yang akan memulakan pembinaan pada awal tahun depan ialah SRJK)T) Valdor di Sungai Bakap, SRJK(T) Mak Mandin, Butterworth dan SRJK(T) Subramaniya Barathee, Bukit Gelugor.

 “Ini adalah usaha kerajaan pusat untuk memastikan semua pelajar mendapat hak pendidikan yang sama, selain itu mereka juga berhak untuk mendapatkan persekitaran yang selesa ketika mengikuti pembelajaran,” katanya kepada pemberita selepas membuat lawatan kerja ke tapak pembinaan SRJK(T) Ladang Batu Kawan di sini hari Ahad (30 Dis.).

 “Ketika ini kerja-kerja pembinaan telahpun berlangsung sebanyak 15 peratus dan ia bermula pada pertengahan November lepas,” katanya. Beliau berkata apabila sekolah siap kelak, ia akan menempatkan sehingga 200 murid di sekitar Ladang Batu Kawan. SOURCE: Bernama
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger