Headlines News :
Home » » UMNO bukan parti rasis seperti DAP - Musa

UMNO bukan parti rasis seperti DAP - Musa


BUKIT MERTAJAM 25 Dis. - Tindakan segelintir pihak menuduh UMNO sebagai sebuah parti yang bersifat perkauman dan hanya menjaga kebajikan orang Melayu semata-mata disifatkan mengamalkan budaya politik sampah.

 Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, UMNO sebenarnya sebuah parti yang tidak pernah meminggirkan kaum lain biarpun orang Melayu menjadi tunjang parti itu sama seperti MCA untuk orang Cina dan MIC bagi orang India.

 Menurutnya, tuduhan UMNO bersifat perkauman adalah tidak berasas sama sekali kerana parti itu sering membantu kaum lain yang memerlukan pada setiap masa selaras dengan konsep amalan Barisan Nasional (BN).

 "Banyak pihak yang menuduh UMNO sebuah parti bersifat perkauman tetapi mereka tak sedar ia berbalik kepada mereka sendiri seperti yang diamalkan DAP.

 "Oleh itu, kalau tidak tahu mengenai perjuangan UMNO jangan sibuk nak jaga hal parti lain tapi uruskan dulu hal ehwal parti sendiri," katanya.

 Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan pakaian seragam sekolah sumbangan Yayasan Pelajaran Mara (YPM) dan Biro Pendidikan UMNO bahagian itu di sini hari ini.

 Musa turut menempelak Naib Presiden DAP, Dr. Ariffin Omar yang disifatkan diperalatkan oleh parti bersifat cauvinis itu sehingga sanggup menghina orang Melayu sendiri.

 "Saya rasa dia terikut-ikut dengan sikap perkauman yang ditunjukkan beberapa pemimpin DAP sebelum ini sehingga dia sanggup menghina bangsa sendiri.

 "Dia memang tiada prinsip, jadi orang Melayu sendiri boleh nilai siapa sebenarnya dia ini dan apa kedudukannya dalam DAP," ujarnya.  -UTUSAN-
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger