Headlines News :
Home » » PAS hanya bertanding kawasan Melayu, PKR & DAP di tempat Cina

PAS hanya bertanding kawasan Melayu, PKR & DAP di tempat Cina



NIBONG TEBAL: Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Datuk Mohd Salleh Man berkata parti itu masih belum bersedia untuk bertanding di kawasan-kawasan majoriti bukan Melayu.

 Kata beliau, PAS mahu menang dalam pilihan raya melalui kemampuan sendiri dan kegagalan mencapai kemenangan akan memberikan kesan besar kepada imej politik parti itu. Jelas Mohd Salleh, kerjasama bersama PKR dan DAP adalah kunci kepada kemenangan dan setiap parti mempunyai kekuatan dan kelebihan di kawasan-kawasan yang ditandingi.

 "Kita memahami bila atas dasar politik, kita meletakkan bagaimana kita boleh mencapai kejayaan melalui kemampuan yang ada.

 "Kalau kita bertanding tapi tidak boleh mencapai kemenangan bagaimana kita nak letak calon kita di majoriti bukan Melayu kerana ia menyebabkan kawasan-kawasan (bandar dan pinggir bandar), realitinya bahawa kawasan bandar selama ini didominasi DAP.

 "Sebab itu bila kawasan-kawasan yang dimenangi rakan kita PKR atau DAP, kita tidak ganggu...dari segi 'status quo' kekal," katanya kepada Antarapos.

 "Sebenarnya ia tidak jadi macam itu, hubungan kita baik dalam apa keadaan pun dan dalam setiap apa yang dilakukan...tiada satu yang boleh mencurigai antara satu sama lain. "...dan saya rasa berkemungkinan besar khususnya masyarakat Cina sudah tiada kebimbangan lagi yang dulu diperbodohkan Umno," katatanya.

 Tambah Mohd Salleh, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, PAS kini berada di platform tersendiri dan mudah untuk menjelaskan sesuatu perkara yang cuba diputarbelitkan Umno-BN. 

"Tapi bila kita bersama dalam Pakatan kita sudah dapat menjelaskan dan sedkit sebanyak kita sudah sampaikan apa yang PAS mahu lakukan dan bagaimana kalau PAS diberi kepercayaan di masa depan," katanya. Pada pilihan raya umum 2008, PAS hanya menang satu kerusi di Permatang Pasir, manakala DAP menang di semua 19 kerusi yang ditandingi dan PKR 9 kerusi. KomenKomen Anda »
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger