Headlines News :
Home » » Najib ikon terbaik BN tarik sokongan rakyat di PRU13

Najib ikon terbaik BN tarik sokongan rakyat di PRU13




GEORGE TOWN, 8 Dis –  Fenomena ‘Brand Najib’ (BN) atau Jenama Najib serta Barisan Nasional, juga singkatan BN, sedang pantas mengubah landskap politik negeri-negeri di utara Semenanjung yang kini dikuasai oleh Pakatan Rakyat.

Ini boleh dinilai dengan kehadiran bilangan besar rakyat yang begitu bersemangat apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turun ke Pulau Pinang dan Kedah.

Ia sekali lagi terbukti pada pagi ini apabila 20,000 orang hadir di Universiti Sains Malaysia (USM) untuk mendengar pesanan ketika beliau melancarkan Karnival Jelajah Janji Ditepati bagi Pulau Pinang di mana beliau mengingatkan mereka tentang pencapaian BN untuk rakyat dan negara serta apa yang akan dilaksanakan untuk masa depan rakyat.

Memandangkan ramai yang datang mengikut rombongan namum terdapat sebilangan individu yang datang secara sendirian hanya semata-mata untuk melihat secara dekat dan jika boleh bersalaman dengan pemimpin nombor satu negara itu.

Salah seorang daripadanya ialah Ariffin Mohd salleh, berusia 65 tahun, yang memandu kereta dari Sungai Petani di Kedah bersama isterinya semata-mata hanya mahu menyambut perdana menteri.

Mengapa beliau berbuat demikian?. “Bagi saya, saya percaya dialah pemimpin yang sempurna dan dia betul-betul sayangi rakyat,” katanya sambil mengambil langkah berat secara perlahan lebih satu kilometer untuk ke tapak karnival dan berjumpa dengan Najib.

Ditanya sama ada beliau dijemput oleh penganjur, Ariffin berkata “tidak”.

“Saya datang atas kerelaan sendiri. Saya mahu berjumpa dengan pemimpin saya. Apabila melihat mesej di TV bahawa perdana menteri akan datang ke Pulau Pinang pagi ini, saya bertekad untuk datang.

“Saya pernah menemui beliau dalam beberapa acara sebelum ini namun saya tetap rasa bangga setiap kali apabila dapat peluang bertemu dengannya kerana saya tahu beliau akan membawa kita kepada masa depan yang lebih baik,” kata bekas pekerja Maskargo di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas yang hamper menitiskan air mata ketika bercakap.

Ada sebilangan pengunjung tidak bertuah seperti Ariffin kerana mereka terpaksa berjalan hampir tiga kilometer apabila bas yang mereka naiki meninggalkan mereka di luar tapak karnival kerana kekangan ruang parkir.

Namun, mereka menunjukkan semangat tinggi dan bertenaga semata-mata bertandang untuk berjumpa dengan orang yang mereka paling kagumi — Najib.

Salah seorang daripada mereka ialah K. Thena, 62, yang merupakan ahli Persatuan Armada Perpaduan 1Malaysia, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Saya datang kerana saya ingin menunjukkan sokongan kepada beliau kerana berasa beliau boleh membawa perubahan kepada Pulau Pinang. Sejak empat tahun lepas, tidak banyak perubahan berlaku di negeri ini.

“Saya tahu beliau tidak akan meninggalkan kita semasa dalam kesusahan. Kini terdapat keyakinan yang lebih tinggi mengenai Najib dan BN di Pulau Pinang,” katanya.

Terdahulu, semasa berucap pada perhimpunan itu, Najib memberi jaminan bahawa kepentingan kaum India dan Cina di Pulau Pinang akan dilindungi manakala masyarakat Melayu tidak akan dipinggirkan.
Magandan Thangavelu, 32, yang mengetuai sekumpulan 400 ahli Persatuan Perpaduan Armada 1Malaysia yang turut membawa sepanduk besar menyatakan sokongan kepada Najib, berkata NGO itu mewakili pengundi generasi muda di Pulau Pinang.

Kini, NGO tersebut mempunyai kira-kira 800 ahli dengan sebilangan besar terdiri daripada belia India tetapi beliau menegaskan mereka akan meningkatkan jumlah keahlian dengan mendekati lebih ramai belia dari kaum lain dengan menyebarkan mesej 1Malaysia.


Seorang suri rumah berbangsa Cina dalam lingkungan 60an, yang enggan namanya disiarkan, berkata beliau datang dari kawasan perumahan Farlim di Air Itam untuk menatap wajah Najib.

“Oleh sebab tidak mempunyai apa-apa untuk dilakukan di rumah, saya fikir ini adalah peluang baik untuk melihat beliau,” katanya.

Najib sudah pasti tahu bagaimana untuk memukau rakyat di sini apabila kadang-kadang menggunakkan loghat Melayu tempatan dalam ucapannya apabila menekankan bahawa beliau akan lebih kerap melawat Pulau Pinang untuk bersama rakyat sambil berseloroh dengan menyebut ia kerana negeri itu mempunyai sajian capati yang enak sekali.

“Saya akan mai lagi” (saya akan kembali)”, katanya dengan menggunakan ungkapan ‘mai’ di sebalik ‘mari’.

Menjanjikan kemudahan perumahan dan sistem pengangkutan yang lebih baik, Najib, ikon pembaharuan dan “Brand Najib’ akan menjadi sukar untuk diabaikan.

Sering diperkatakan bahawa seorang ahli politik dikenali dengan janji-janji yang ditepatinya.

Tetapi adalah sesuai untuk mengambil perhatian dengan ungkapan seorang penceramah produktiviti manusia terkenal, Denis Waitley, yang menyebut mengenai janji dan komitmen iaitu “Orang yang kalah membuat janji yang mereka sering tidak menepati manakala juara membuat komitmen yang sentiasa ditepati.”

Bagi rakyat yang datang untuk melihat perdana menteri di pelbagai lokasi di Pulau Pinang hari ini, mereka tahu mereka pasti mempunyai seorang jaguh dalam diri Najib.

Ia jelas menggambarkan arus perubahan mula berkocak di Pulau Mutiara dan Negeri Jelapang Padi.
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger