BUTTERWORTH 18 Dis. - Kelemahan kerajaan DAP Pulau Pinang merancang penempatan semula penduduk setinggan dan miskin di negeri ini menjadi punca masalah itu tidak dapat ditangani dengan berkesan.
Ketua UMNO Bahagian Bagan, Datuk Abdul Latiff Mirasa berkata, keadaan itu menyebabkan penduduk terbabit tidak dapat tinggal di rumah milik kerajaan negeri yang sebelum ini telah dibina oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).
Katanya, semasa pemerintahan BN banyak rumah telah dibina untuk penempatan semula golongan tersebut di Ampang Jajar dan Jalan Tamby Kecik di Bagan.
Menurut beliau, malangnya sejak kerajaan pakatan pembangkang mentadbir negeri ini, mereka gagal membina rumah mampu milik dan tidak merancang menyediakan rumah kepada golongan itu.
"Sepatutnya apabila tanah yang mereka duduki bertukar tangan, Ketua Menteri, Lim Guan Eng memindahkan penduduk terlibat ke rumah yang dibina kerajaan BN kerana ada yang masih kosong bagi mengatasi masalah berkenaan.
"Namun Guan Eng yang baru mentadbir negeri ini, tidak tahu susah senang yang dihadapi oleh golongan tersebut sehingga menyebabkan masalah ketiadaan rumah menjadi semakin rumit di negeri ini," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Kempen Keselamatan Rakyat - Kami Prihatin di Stesen Minyak Petronas Jalan Bagan Jermal dekat sini hari ini.
Kempen anjuran bersama Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Pulau Pinang dan Petronas itu bertujuan meningkatkan kesedaran, kepekaan dan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna tentang pentingnya aspek keselamatan di stesen minyak.
Abdul Latif diminta mengulas rungutan penduduk Kampung Federal di sini semalam yang kecewa dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kerana membisu terhadap nasib penduduk yang menunggu masa dihalau oleh pemilik tanah.
Menurut penduduk terlibat, biarpun beberapa kali masalah itu diajukan kepada Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan, tiada sebarang tindakan diambil termasuk daripada wakil rakyat kawasan itu yang seolah-olah melarikan diri daripada mendengar rintihan penduduk.
Sehubungan itu, beliau berkata, kerajaan negeri sekarang sepatutnya merancang 15 hingga 20 tahun akan datang untuk penempatan penduduk, jika tidak masalah perumahan akan menyulitkan rakyat berpendapatan rendah.
"Kerajaan negeri jangan fikir mahu bina rumah mewah sahaja sedangkan golongan miskin juga perlu rumah mampu milik," ujarnya.

Post a Comment