Headlines News :
Home » » Serahkan saja wang itu pada Amanah Raya Berhad - Datuk Seri Hilmi Yahaya.

Serahkan saja wang itu pada Amanah Raya Berhad - Datuk Seri Hilmi Yahaya.


P.Pinang - Pemangku Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya (BN-Teluk Bahang) mencadangkan agar wang sumbangan RM100 yang diberikan kepada warga emas diserahkan kepada Amanah Raya Berhad sekiranya kerajaan negeri DAP enggan menerima kembali wang itu.

Beliau berkata, wang berjumlah RM23,700 itu merupakan milik kerajaan negeri dan tidak wajar sekiranya wang itu diserahkan kepada UMNO.

"Tanggungjawab kami untuk memulangkan semula kepada pemilik asal, tetapi mereka (kerajaan DAP) serah semula kepada kami... kami tidak boleh terima kerana ia bukan wang kami.

“Kalau mereka tidak mahu elok masukkan wang itu ke Amanah Raya Berhad atau bagi kepada penerima baru untuk tahun ini,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu, semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pakatan pembangkang membuat usul menyerahkan semula wang itu kepada UMNO dengan memasukkan cek berjumlah RM23,700 dalam sampul surat sebelum diletakkan di atas meja Hilmi.
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger