Headlines News :
Home » » Guan Eng main sentimen agama fitnah UMNO parti ekstremis @NajibRazak

Guan Eng main sentimen agama fitnah UMNO parti ekstremis @NajibRazak




PULAU PINANG 5 Dis. - Ketua Menteri, Lim Guan Eng dikatakan berada dalam keadaan begitu terdesak sehingga sanggup menanam perasaan benci terhadap UMNO ketika menghadiri satu majlis makan malam yang dihadiri oleh penganut pelbagai agama.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, sebagai pemimpin tertinggi kerajaan negeri, Guan Eng sepatutnya mengajak para hadirin mengamalkan kasih sayang, toleransi dan keharmonian sesama mereka.

Menurutnya, Setiausaha Agung DAP itu sewajarnya memastikan perpaduan kaum terus diperkuatkan, bukannya menyebar fitnah yang boleh menyebabkan rakyat beranggapan UMNO merupakan sebuah parti ekstremis.

"UMNO Pulau Pinang amat dukacita dan kecewa dengan ucapan tidak bertanggungjawab Guan Eng dalam sebuah majlis dihadiri oleh kumpulan pelbagai agama baru-baru ini yang dilihat melampaui batas-batas politik," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas ucapan Guan Eng dalam program makan malam Majlis Antara Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Pulau Pinang di sini Ahad lalu.

Antara kandungan ucapannya, Guan Eng mendakwa, UMNO berpendirian ekstremis dengan tidak menghormati hak orang bukan Islam seperti mendakwa sebuah kuil Hindu dirobohkan oleh Penang Port Sdn. Bhd.

Selain itu, Setiausaha Agung DAP tersebut juga mendakwa pemimpin UMNO tidak mengambil kira keperluan menyediakan tanah untuk pembinaan rumah ibadat bukan Islam.

Teks ucapan tersebut boleh dilihat di blog milik Guan Eng di http://limguaneng.com.

Zainal Abidin memberitahu, jika benar UMNO parti ekstremis, tidak mungkin rakyat pelbagai kaum di negara ini mampu hidup dalam keadaan harmoni sejak lebih 55 tahun lalu.

"Kalau UMNO tidak menghormati hak bukan Islam, kita tidak mungkin dapat melihat jumlah rumah ibadat agama bukan Islam melebihi bilangan masjid dan surau di negeri ini.

"Kita juga tidak mungkin dapat melihat wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dan penyelaras kawasan memberi sumbangan kepada bukan Islam sepanjang tahun," ujarnya.

Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger