Headlines News :
Home » » Demokrasi permuafakatan BN antara paling berjaya di dunia !!

Demokrasi permuafakatan BN antara paling berjaya di dunia !!




Demokrasi permuafakatan yang diamalkan oleh Barisan Nasional (BN) di mana UMNO menjadi parti terasnya sejak sesudah merdeka merupakan satu-satunya corak pentadbiran permuafakatan yang boleh dikatakan  yang paling berjaya dan terbaik di dunia.
Menurut Pensyarah Sains Politik, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Shamsul Adabi Mamat, sebenarnya ramai pengkaji  politik yang mirip kepada pembangkang mengulas tentang demokrasi permuafakatan yang konon-kononnya wujud di dalam Pakatan Pembangkang.
“Tetapi mereka lupa bahawa dalam sejarah negara, demokrasi permuafakatan itu sudah lama wujud di dalam Parti Perikatan, kini BN dan ia sudah menjadi satu agenda negara yang telah teruji.
“Tetapi mereka dan segelintir rakyat tidak sedar bahawa ini adalah satu contoh demokrasi permuafakatan yang amat berjaya di dalam dunia hari ini. Inilah yang saya sifatkan sebagai pepatah, gajah di depan mata yang mereka tidak nampak,” kata beliau ketika ditemui oleh UMNO-Online di sini.
Tambahnya,  akibat daripada provokasi yang dibuat oleh Pakatan Pembangkang itu menyebabkan apa yang mereka lihat adalah hanya untuk menukar kerajaan ekoran provokasi yang dibuat berbondong-bondong oleh Pakatan Pembangkang yang telah berjaya mempengaruhi pemikiran segelintir rakyat di negara ini, terutamanya pada rakyat golongan  pertengahan.
“Sebenarnya demokrasi permuafakatan ini sudah lama terbentuk di dalam negara kita dan Malaysia menjadi jaguh dalam demokrasi permuafakatan ini, di mana kita boleh lihat di negara-negara lain amat sukar untuk membentuk pelbagai kaum bekerjasama untuk membentuk kerajaan.
“Tidak banyak negara yang mempunyai kapasiti pelbagai etnik yang berbeza seperti negara kita yang mempunyai pelbagai etnik yang besar seperti Melayu, Cina, India dan berbelas-belas parti bumiputera lain di Sabah dan Sarawak, yang mampu untuk membentuk satu permuafakatan atau barisan di dalam pentadbiran kerajaan,” ujarnya.
Permuafakatan parti-parti politik ini menurut beliau lagi, tidak akan berjaya tanpa wujudnya parti teras seperti UMNO di dalam BN pada hari ini. Konsep parti teras inilah yang sebenarnya menjadi penasihat, jururunding dan orang tengah yang berjaya mendamaikan parti-parti komponen lain untuk bersama di dalam pentadbiran kerajaan.
“Ini amat berbeza dengan pakatan Pembangkang yang mempunyai tiga parti teras. Timbul persoalan, siapakah yang menjadi parti teras di dalam Pakatan Pembangkang? Adakah Pas, PKR atau DAP? Secara umumnya kita boleh lihat seolah-olah PKR menjadi parti teras tetapi selalunya kita lihat dominasi DAP lebih kerap berlaku di dalam Pakatan Pembangkang.
“Bahkan sehingga ke hari ini, parti-parti di dalam Pakatan Pembangkang gagal untuk mendaftarkan satu logo yang sama seperti mana yang digunakan oleh BN dengan lambang dacing, sebagai lambang untuk semua parti komponen yang bernaung di bawah BN.
“Ini jelas membuktikan, bahawa Pakatan Pembangkang ini boleh kita katakan sebagai satu pakatan palsu, yang cuma mempunyai matlamat yang sama, iaitu untuk menjatuhkan BN semata-mata, namun dari segi gabungan mereka itu hanya satu permuafakatan yang palsu dan terdedah kepada cabaran  kehancuran dan perpecahan paa bila-bila masa saja,” jelasnya. -MediaUMNO
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger