Headlines News :
Home » » BN perlu bijak tangani segala isu pengundi bandar

BN perlu bijak tangani segala isu pengundi bandar





PETALING JAYA - Kerajaan Barisan Nasional (BN) perlu bijak menjawab dan menangani persoalan yang dikemukakan pengundi terutamanya di kawasan bandar bagi memastikan sokongan kepada parti itu sentiasa kukuh.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pengundi pada masa kini lebih bijak berbanding pada masa lepas maka jawapan yang diberikan ke atas persoalan dikemukakan mereka perlu lebih bijak dan lebih bernas.

"Rakyat sekarang semakin bijak dan bila mereka semakin bijak, mereka perlu menyoal tentang pelbagai perkara antaranya pembangunan dijalankan di kawasan mereka, maka kita perlu jelaskan pembangunan itu sebaiknya, bagaimana manfaatkan mereka dan sebagainya, jawapan perlu bijak.

"Kita mesti tahu bagaimana nak jelaskan dengan baik, jangan kita 'ignore' sahaja. Bagi saya seorang pemimpin yang baik dapat menjelaskan dengan baik segala persoalan dikemukakan rakyat mereka, pemimpin tidak baik pula sebaliknya," katanya kepada pemberita pada Selasa.

Terdahulu beliau menyampaikan ucapan bertajuk 'Transformasi Luar Bandar : Peranan Pentadbir Daerah' pada Mesyuarat Penyelarasan Pembangunan Daerah Siri 2/2012, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di Mutiara Damansara di sini . Turut hadir kedua-dua Timbalan Menteri kementerian tersebut Datuk Hasan Malek dan Datuk Joseph Entulu Belaun.

-- BERNAMA

Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger