Headlines News :
Home » » Saya tak takut disaman ,jumpa di mahkamah - Musa

Saya tak takut disaman ,jumpa di mahkamah - Musa




GEORGETOWN - Speaker Dewan Undangan negeri (Dun) Pulau Pinang, Datuk Abdul Halim Hussain hari ini memfailkan saman fitnah terhadap Timbalan Pengerusi Umno negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir berhubung kenyataannya mengenai projek Taman Tema Escape milik kerajaan negeri di Teluk Bahang.

 Bercakap pada sidang media di sini, Abdul Halim berkata saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 2 petang menerusi firma guaman Tetuan M. Kanesan & Associate. Katanya beliau mengambil tindakan itu kerana mendakwa terdapat unsur fitnah dalam kenyataan Musa berhubung projek itu yang boleh memburukkan kredibiliti dan imejnya sebagai speaker.

 "Saya melalui peguam saya telah memfailkan saman di Mahkamah Tinggi. Tindakan ini diambil setelah saya beri tempoh 48 jam kepadanya tetapi tiada apa-apa tindakan, dan beliau (Musa) pada 1 Oktober lepas menyatakan tidak perlu minta maaf," katanya.

 Ketika ditanya oleh pemberita mengenai jumlah saman fitnah itu, Abdul Halim berkata beliau menyerahkan kepada mahkamah untuk menentukannya. Dalam pernyataan tuntutan yang diedarkan kepada pemberita pada sidang media itu, Abdul Halim antara lain menuntut ganti rugi bagi fitnah secara lisan, ganti rugi bagi fitnah bertulis, ganti rugi keterlaluan, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. Beliau juga memohon injunksi bagi menghalang defendan daripada menyiarkan selanjutnya kenyataan memfitnah itu sama ada secara lisan atau tulisan.

 Sementara itu, Musa ketika dihubungi berkata, beliau sedia mengemukakan bukti mengenai dakwaanya berhubung projek itu di mahkamah. "Saya tidak takut disaman, jumpa di mahkamah dan saya akan kemukakan bukti-bukti atas dakwaan saya itu," katanya.

 Dalam pendedahannya sebelum ini mengenai projek Taman Tema Escape milik kerajaan negeri di Teluk Bahang, Musa mendakwa projek itu mempunyai kaitan dengan Abdul Halim. - Bernama
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger