Headlines News :
Home » » Raptai berjalan lancar menjelang PAU 2012

Raptai berjalan lancar menjelang PAU 2012




KUALA LUMPUR: Umno pada Ahad mengadakan raptai penuh acara-acara yang akan berlangsung sempena Perhimpunan Agung Umno 2012 dari 27 November hingga 1 Disember. Raptai yang berlangsung selama hampir tiga jam itu mencakupi perasmian perhimpunan sayap-sayap Umno serta perhimpunan agung itu sendiri.

 Turut belangsung di sebelah pagi ialah raptai upacara menaikkan bendera Umno di perkarangan ibu pejabat parti di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

 Setiausaha Kerja Umno, Datuk Abdul Rauf Yusoh berkata 2,759 perwakilan dari seluruh negara dijangka menghadiri perhimpunan itu. Beliau berkata semasa perhimpunan, perwakilan boleh menggunakan aras bawah  hingga aras lima Dewan Merdeka PWTC manakala aras enam dikhaskan untuk pemerhati  dan pegawai pelbagai kementerian.

 "Selain pas khas, setiap perwakilan yang ingin masuk ke dalam dewan mesti menunjukkan kad pengenalan masing-masing kepada pengawal bertugas, berbeza dengan tahun lepas yang menggunakan hanya kad akses khas," katanya kepada Bernama pada akhir raptai itu.




 Selain itu, Abdul Rauf berkata, 1,700 wartawan dari dalam dan luar negaradijangka membuat liputan pada perhimpunan itu. Beliau berkata, satu tayangan video mengenai perjanjian damai antara kerajaanFilipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) yang melibatkan usaha Malaysia akan ditayangkan pada perhimpunan berkenaan. - BERNAMA
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger