Headlines News :
Home » » Pemuda UMNO Permatang Pauh anjur khatan percuma .

Pemuda UMNO Permatang Pauh anjur khatan percuma .



 Seramai 500 kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun dari Parlimen Permatang Pauh menyertai program Adik-Adik, Jom Berkhatan anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Permatang Pauh di Sekolah Kebangsaan Tok Kandu, Pulau Pinang semalam.

 Program yang dianjurkan dengan kerjasama Bank Rakyat cawangan Bukit Mertajam itu merupakan kali kedua diadakan selepas kali pertama diadakan pada tahun lalu melibatkan 300 kanak-kanak.

 Ketua Pergerakan UMNO Permatang Pauh, Mohd. Zaidi Mohd. Said berkata, pihaknya mengambil keputusan untuk membuka penyertaan kepada lebih ramai peserta selepas penganjuran program yang sama tahun lalu mendapat sambutan yang sangat menggalakkan

. "Kali ini kita buat keputusan untuk tanggung kos 500 kanak-kanak dari seluruh Parlimen Permatang Pauh untuk berkhatan melibatkan peruntukan sebanyak kira-kira RM30,000. "Kita berharap ia dapat diadakan secara berterusan pada tahun depan," katanya.
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger