Ketua Menteri, Lim Guan Eng dinasihatkan supaya merujuk transaksi penjualan tanah Taman Manggis dengan pihak yang lebih arif dan tidak menggunakan peraturannya sendiri.
Penguam Barisan Nasional Negeri, Baljit Singh berkata, penjualan tanah Taman Manggis seluas 0.44 hektar yang dijual kepada Barisan Nasional (BN) dilakukan tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan seperti yang termaktub pada Peraturan Tanah Pulau Pinang 2005 dalam Kanun Tanah Negara 1965.
Baljit berkata, setiap permohonan untuk mendapatkan tanah milik Kerajaan Negeri perlu dipohon kepada Pejabat Tanah daerah terbabit dan selepas permohonan itu diluluskan, Pejabat Tanah kemudiannya akan memaklumkan kepada pemohon mengenai syarat-syarat pembelian dalam tempoh tiga bulan.
“Kami mendapati, Guan Eng tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan sebaliknya dia menggunakan peraturannya sendiri dengan mengeluarkan sepucuk surat tawaran dan memberikan tempoh 30 hari kepada BN untuk menjelaskan semua bayaran pembelian tanah berkenaan tanpa menyatakan syarat-syarat jual beli.
“Guan Eng seharusnya mengikut semua peraturan yang telah ditetapkan dan sekiranya dia tidak faham berkenaan hal perundangan dia boleh merujuk dengan wakil rakyat dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) yang pakar dalam urusan undang-undang dan dia juga mempunyai penasihat undang-undang negeri,” katanya pada sidang media di Pusat Pergerakan BN Negeri pada 3 Novemeber , Sabtu.
SOURCE : Sinar Harian
+ comments + 1 comments
Tok Pe'kong mana boleh baca ma...
Post a Comment