Headlines News :
Home » » Dewan Rakyat kecam serangan zalim Israel ke atas Gaza

Dewan Rakyat kecam serangan zalim Israel ke atas Gaza




KUALA LUMPUR - Usul mengecam serangan kejam Israel ke atas Gaza, yang mengandungi 10 ketetapan, disokong sebulat suara oleh anggota Dewan Rakyat petang ini.
Usul tersebut telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pagi tadi dan dibahaskan kira-kira tiga jam.
Perbahasan digulung oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz yang membacakan pembentangan usul itu jam 11.30 pagi tadi.

Antara ahli Parlimen BN yang membahaskan usul itu ialah Datuk Ismail Kassim (BN-Arau), Datuk Teng Boon Soon (BN-Tebrau), Datuk P.Kamalanathan (BN-Hulu Selangor) dan Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam).
Dalam pada itu, pembangkang diwakili oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh), Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur), Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Pas-Marang) dan Datuk Kamaruddin Jaafar (Pas-Tumpat).
Sementara itu, ahli-ahli Parlimen bebas turut menyatakan sokongan terhadap usul tersebut iaitu Datuk Zulkifli Nordin (Kulim Bandar Bharu), Datuk Eric Enchin Majimbun Sepanggar) dan Datuk Ibrahim Ali (Pasir Mas)

.
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger