Headlines News :
Home » » DAP tetap mahu Anwar jadi PM bukannya PAS

DAP tetap mahu Anwar jadi PM bukannya PAS




DAP kekal dengan persetujuan yang dibuat Pakatan Rakyat (PR) bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi perdana menteri jika gabungan itu menang dalam pilihan raya umum.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata PR sentiasa tetap dengan pendirian bahawa ketua pembangkang seharusnya menjadi calon perdana menteri.
"Setakat yang DAP tahu dan berdasarkan apa yang telah dipersetujui Pakatan, kita mengikut persetujuan dan pilihan untuk perdana menteri adalah Anwar.
"Kami berpegang dengan apa yang telah dipersetujui bersama-sama," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.
Mengenai kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa beliau mengalu-alukan saranan untuk beliau menjadi perdana menteri, Lim berkata:
"Beliau mempunyai kebebasan bersuara dan hak untuk mengatakannya."
Hadi memberitahu pemberita selepas kongres parti itu pada hujung minggu yang beliau teruja untuk menjadi perdana menteri.
Sayap parti, Dewan Ulama dan Muslimat juga mengulangi permintaan mereka supaya Hadi memimpin negara.
Share this post :

+ comments + 1 comments

Anonymous
November 19, 2012 at 11:50 PM

Sebab dap ada rahsia besar anuwar. Anwar akan ikut cakap dap. Sedarla wahai ahli pas.

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger