PIHAK Berkuasa Pembangunan Luar Bandar Pulau Pinang (Perda) bersedia menembusi pasaran Palestin dan Timur Tengah dengan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) dengan Ossa Ventures Sdn Bhd (Ossa Ventures) yang berpangkalan di Palestin.
Pengerusinya, Datuk Azhar Ibrahim berkata, ketika ini Perda mempunyai kehadiran di Jepun, Brunei, Singapura dan China menerusi anggotanya seramai lebih 200 usahawan.
“MoU ini akan menyaksikan unit kami, PVI Food Industries Sdn Bhd membangunkan dua jenis biskut yang sudah diubah suai untuk pasaran di sana di bawah jenama ‘Pinang & Palestine’, sementara Ossa Ventures membekalkan bahan-bahan seperti Habatus Sauda, Zaatar dan minyak zaitun.
“Kontrak ini berkesan untuk dua tahun dan nilai awal adalah RM200,000, namun jika kita melihat lebih permintaan untuk produk ini, bilangan ini akan meningkat,” katanya selepas majlis pemeteraian itu di Kuala Lumpur.
Pada majlis itu, Perda diwakili oleh Azhar, manakala Dr Osama Odeh mewakili Ossa Ventures.
Beliau berkata, beberapa produk halal yang dieksport ke luar oleh anggota Perda adalah roti paratha, capati, tempura dan kopi.
Perda juga berada pada peringkat akhir pembangunan pusat makanan halalnya sendiri seluas 66.77 hektar di Pulau Pinang yang dijangka menerima persijilan HALMAS oleh Perbadanan Pembangunan Industri Halal bulan depan. -Bernama
Post a Comment