Headlines News :
Home » » Tun Mahathir yakin Belanjawan 2013 mesra & bantu rakyat

Tun Mahathir yakin Belanjawan 2013 mesra & bantu rakyat




ALOR SETAR – Belanjawan 2013 yang akan dibentangkan Perdana Menteri hujung bulan ini diharap mesra rakyat dan menyenangkan semua pihak, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. Bekas Perdana Menteri itu berkata walaupun beliau tidak mengetahui isi kandungan belanjawan berkenaan, namun yakin ia pasti tidak akan membebankan rakyat.

 “Saya fikir belanjawan ini mestilah satu belanjawan yang senang untuk rakyat, boleh membantu rakyat, tak menjadi beban kepada rakyat. Memandangkan pilihan raya akan datang, kena mesra rakyat.

 “Tapi kalau naik cukai rokok dengan arak tak apalah, yang lain jangan naikla,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Transformasi Ekonomi Negara di Dewan Perhimpunan Cina dekat sini hari ini. Dalam perkembangan lain, beliau berkata tindakan sepatutnya diambil terhadap Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham yang mempersoal bantahan umat Islam terhadap filem kontroversi ‘Innocence of Muslims’.

 Dr Mahathir berkata pemimpin DAP itu tidak seharusnya sengaja membangkitkan kemarahan orang Islam kerana DAP juga mahukan sokongan mereka. Ditanya adakah tindakan itu menunjukkan bahawa DAP tidak menghormati perjuangan PAS, beliau berkata: “DAP dengan PAS tak boleh (bersatu), macam kucing dengan anjing, dia nanti berperang. Tambah, kalau ada dalam kerajaan hari-hari dok cakap (bertikam lidah)”. – BERNAMA
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger